- Konstruk 1 ~ keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
- Konstruk 2 ~ keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
- Konstruk 3 ~ keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
- Konstruk 4 ~ keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
- Konstruk 5 ~ keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
- Konstruk 6 ~ keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup "ng"
- Konstruk 7 ~ keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
- Konstruk 8 ~ keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
- Konstruk 9 ~ keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan berganding
- Konstruk 10 ~ keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
- Konstruk 11 ~ keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
- Konstruk 12 ~ keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
Linus ( LITERASI )
Tuesday, 4 December 2012
Konstruk Literasi.
PROGRAM LINUS
Dalam bidang Keberhasikan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu
1. Prasekolah
2. Literasi dan Numerasi (LINUS)
3. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
4. Tawaran Baru Kepada Pemimpin Sekolah
Apakah itu Program Linus?
- Linus ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi ( Literacy and Numeracy Screening )
- LINUS ialah sat program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi ( BAHASA MALAYSIA ) dan numerasi ( MATEMATIK ) diakhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah.
- LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M, iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.
Asas Literasi.
-Keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah ( menggunakan kata hubung ) dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasi pengetahuan dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
Kemahiran Asas Literasi.
TAHUN 1 - Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 - Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 - Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudahdengan kata sendi dalam satu perenggan.
Sunday, 18 November 2012
Friday, 2 November 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)



