1. Prasekolah
2. Literasi dan Numerasi (LINUS)
3. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
4. Tawaran Baru Kepada Pemimpin Sekolah
Apakah itu Program Linus?
- Linus ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi ( Literacy and Numeracy Screening )
- LINUS ialah sat program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi ( BAHASA MALAYSIA ) dan numerasi ( MATEMATIK ) diakhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah.
- LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M, iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.
Asas Literasi.
-Keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah ( menggunakan kata hubung ) dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasi pengetahuan dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
Kemahiran Asas Literasi.
TAHUN 1 - Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 - Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 - Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudahdengan kata sendi dalam satu perenggan.
No comments:
Post a Comment